Watikah Pelantikan

SK Beseri – 14 hb Januari, watikah pelantikan badan-badan pengawas sekolah, pengawas SPBT  dan ketua-ketua kelas telah dijalankan. Watikah pelantikan ini dianugerahkan oleh Tuan Guru Besar, En Jafri Bin Othman diiringi PK Pentadbiran, Puan Norsharmila Binti Shaari
 
Tempat: Dewan Terbuka SK Beseri
Masa : 7.30 am
 
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ikrar dari pengawas yang bertugas, seterusnya nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Perlis, Lagu Sekolah dan Jiwa dan minda (Sekolah Bestari)
 
Guru Besar mengharapkan pelantikan ini akan menjadikan murid-murid SK Beseri lebih berdisiplin dan lebih memajukan diri sendiri dengan penganugerahan ini. Semoga badan-badan pengawas ini akan menjalankan tugas dengan lebih baik dan sentiasa ingin memajukan diri sendiri setiap masa.
 
Di bawah ini adalah paparan gambar-gambar semasa majlis dijalankan :
This entry was posted in 2013. Bookmark the permalink.

Comments are closed.